bisnes dan orang kita - bahagian 1

orang melayu cukup hebat di dalam perniagaan. kalau kita melihat sejarah dunia, kita orang melayu telah menjadi saudagar yang berjaya. melaka telah berkembang pesat di zamannya.

malah sampai ke hari ini kita melihat petronas telah menjadi konglomerat yang berjaya. majoriti pengurusan petronas adalah melayu.

jadi kita patut berbangga menjadi orang melayu. orang yang mampu berjaya dalam perniagaan.

tapi menyedihkan bila kita melihat fenomena usahawan melayu sekarang ini berbanding bangsa lain di Malaysia. Kenapa perkara ini terjadi?

terlalu banyak misteri dan persoalan yang harus kita rungkaikan bila kita bercakap tentang kegagalan bangsa melayu dalam perniagaan.

ada masanya persoalan dan misteri itu kita selitkan sekali dengan unsur emosional.

dalam bahagiaan kedua nanti saya akan kupaskan secara rasional punca kegagalan kita dalam perniagaan.

Ulasan

Catatan Popular