aku dan dia - part 1

mengimbau cerita lama masa bercinta dengan bekas isteriku...

ku teguk perlahan tehtarik di depanku. mataku melilau melihat persekitaran yang sudah banyak berubah. semuanya sudah lain. semuanya sudah tidak macam dulu.

dulu sudah ditelan dan dimakan rakus oleh sekarang. silam telah diratah dan dimamah masa menjadi kenangan yang tersimpan kemas dan berserabut di dalam lipatan sejarah.

membuka semula lipatan sejarah itu satu pilihan tapi bukanlah pilihan yang bijak jika ianya melukakan. batinku berkeras mengatakan biarkan ianya terlipat di situ tanpa dibuka.

tapi naluriku pula melompat terkial-kial minta ianya dibuka dan dibaca.

luka lama masih terasa seperti semalam sahaja ianya berlaku walau hakikat dan faktanya sudah bertahun-tahun ianya berlalu.

angan dan detik hati aku terganggu bila pelanggan keluar dan masuk di kedai ini. mamak di kaunter masih sibuk mengira helaian kertas bergambar agong.

mataku terpaku di meja roti canai. roti canai itu pernah menjadi santapan istimewa aku dan dia suatu masa dahulu. di sini kenangan roti canai bagaikan memori indah yang dicanai dan dimasak istimewa untuk dimakan. amat indah dan amat istimewa saat itu. usik mengusik dan hilai ketawa lembut diselang seli dengan menutup mulut bila ketawa tanda sopan menjadi kenangan.

hatiku mula terluka semula..mula terasa sakitnya..

bersambung..

Ulasan

Catatan Popular