Kenali DUIT !!! (Bahagian 1)

Duit. Semua orang perlukan duit. Malah kerana duit manusia akan hilang kewarasan dan sanggup lakukan apa sahaja semata-mata kerana duit. Tidak pelik kalau anak sanggup membunuh mak kerana duit. Duit bagaikan raja yang disembah dan dipuja.

Aku yakin ramai antara kita menjadi usahawan kerana duit. Membuka bisnes kerana duit. Itulah matlamat sebenar kebanyakkan dari kita yang meniaga.

Kita yakin dengan duit kita mampu membeli apa sahaja. Dengan duit kita akan dihormati. Kita akan dikagumi. Dan kita juga yakin tanpa duit kita akan susah. Kita akan dihina dan tanpa duit kita tiada nilai di mata masyarakat.

Sejarah merajakan duit telah lama berlaku. Jika kita ingin menkaji sejarah dan bila manusia 'bertuhankan' duit, kita tidak akan dapat mencari jawapan. Cuma kesimpulannya era 'ketuhanan' duit bermula dari sikap ketamakkan manusia. Di situlah bermula era duit dipuja dan diagungkan.

Pada mulanya duit dicipta dengan niat yang murni. Niat untuk memudahkan kehidupan manusia. Jika sebelun duit diwujudkan, sistem barter digunakan. Cukup tidak praktikal di zaman kita. Jadi manusia mencipta duit utk menjadi TENTUKUR NILAI bila ingin membeli barangan atau dagangan. Tapi dek kerana ketamakan dan busuk hati manusia, tujuan asal duit telah disesatkan. Samalah seperti bila dadah yang asalnya ubat telah disalahgunajan. Dari sinilah manusia mula sesat.

Manusia mula sesat bila nawaitu asal duit telah mula dipesongkan. Nawaitu asal duit telah dijadikan bahan menunjuk-menunjuk keegoan dan ketamakan. Manusia mewujudkan kasta kehidupan melalui definisi kekayaan dan kemiskinan. Manusia mula membeli pelbagai barangan kemewahan dengan duit dan paling ngeri dan dahsyat bila manusia mula membeli maruah manusia dengan duit dan kekayaan. Wujudlah perhambaan dan pelacuran.

Semua ini wujud kerana salah manusia bukannya duit.

(Dalam bahagian seterusnya aku akan kupas tentang nilai duit yang sebenar dalam kehidupan. Apakah yang sebenarnya menentukan "nilai" duit dalam kehidupan)

Ulasan

puteri hati berkata…
x der duit x bole hidup.. semua nak guna duit.
puteri hati berkata…
duit perlu dalam kehidupan. sesiapa pun perlukan duit. sbb tu kita kena berhutang untuk teruskan hidup. dan dh hutang jgn lupa untuk lunaskannya
Tanpa Nama berkata…
Hadits Nabi Muhammad SAW Tentang Orang-Orang Munafik :
“Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ciri-Ciri / Sifat-Sifat Munafik Manusia :
1. Apabila berkata maka dia akan berkata bohong / dusta.
2. Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan mengingkari janjinya.
3. Bila diberi kepercayaan / amanat maka dia akan mengkhianatinya.

Catatan Popular