Cerita Bekas Ratu Kampung

Seperti biasa, aku melangkah ke sekolah untuk mengambil anak-anakku pulang dari sekolah. Aku melangkah perlahan kerana jam di tangan masih menunjukan awal waktu. Aku tidak perlu tergesa-gesa. Sambil melangkah, mataku memandang sekeliling. Sesekali aku melemparkan senyuman kepada ibu bapa yang sedang menanti anak-anak mereka. Ada yang membalas senyuman dan ada yang melayan perasaan sendiri. Aku tak kisah malah aku tak mengharapkan pun balasan senyuman aku tadi.

Dalam asyik memandang, mataku terpaku kepada seorang wanita berbadan gempal sedang menunggu anaknya pulang dari sekolah. Wanita ini masih muda. lebih muda dari aku. Tapi dari raut wajahnya dia sudah nampak cukup tua. Lebih tua dari umurnya. Anak kecil yang ku agak sekitar 3 ke 4 tahun menenggek di atas motorsikal. Hingus mengalir di hidungnya. Mungkin anak ini demam.

Aku kenal benar wanita ini. Aku kenal dia masa dia muda-muda dulu. Sebut saja Kathy (bukan nama sebenar) pasti semua orang kenal. gadis cantik yang layak digelar ratu kampung. Ketika itu, wajahnya yang ayu dan kulitnya yang putih, mampu menggugat iman sesiapa sahaja. Body Kathy sehebat model. Body botol coca-cola.

Lelaki yang memandangnya ketika itu pasti tidak dapat tidak lari dari iamginasi yang hebat di kayangan. Berdua bersama. Pakaiannya yang ketat dan ermmm amat mengiurkan, pastinya mampu mengundang mimpi malam yang indah buat semua lelaki tanpa mengira usia dan status perkahwinan.

Itu hebatnya "cerita sisi putih" Kathy. Namun lebih hebat lagi "cerita sisi hitam" Kathy...

Ceritanya begini... * bersambung*

Ulasan

puteri hati berkata…
bila nak sambung citer??
puteri hati berkata…
bila nak sambung cerita ni??
puteri hati berkata…
bila nak sambung?
puteri hati berkata…
bila nk sambung cerita

Catatan Popular