Perniagaan adalah perjuangan

aku akan cuba bercerita tentang dunia perniagaan. aku harap apa yang aku kongsikan akan memberikan manfaat untuk semua orang. kita harus beruasaha untuk memajukan diri dan bangsa kita. perjuangan kita cukup besar sebenarnya.

kita punyai tanggungjawab yang berat. yang amat berat. kita harus laksanakan amanah ini. kita tidak punyai pilihan. kita telah diamanahkan.

mungkin ramai antara kita tidak nampak perniagaan ini adalah satu tanggungjawab dan perjuangan yang amat penting. aku melihat orang kita terlalu leka dan kadangkala terlalu takut untuk berusaha.

bagi aku, perniagaan ini bukan hanya soal hidup kita di dunia ini. bukan sahaja soal harta dan kekayaan tetapi lebih kepada soal dakwah dan perjuangan.

banyak hadis nabi dan nas al Quran yang membicarakan tentang perniagaan. Pastinya ada makna dan sebab kenapa perniagaan banyak dibicarakan di dalam Al Quran. Allah tidak pernah bercakap kosong dalam apa jua hal. Setiap apa yang difirmankan pasti ada alasan dan sebab yang rasional.

Aku teringin nak mengajak semua pembaca untuk faham makna dan maksud perjuangan dalam perniagaan. Perjuangan dalam perniagaan bukan lagi berkaitan harta dan kereta yang kita pakai tetapi lebih kepada amanah dan tanggungjawab kita.

Kita harus jelas dalam matlamat dan tujuan kita berniaga. Ini penting kerana kita perlu faham sebab dan tujuan kita menjalankan perniagaan. Kalau kita letakkan duit dan harta sebagai 'tuhan', pasti kita akan tersesat jauh.





Ulasan

Catatan Popular