kisah penzina & Rasulullah

Dari Buraidah radiallahu anhu,sesungguhnya Maiz Bin Malik Al-Aslamiy telah datang menghadap rasulullah sallallahu alahi wassalam lalu berkata : 

Wahai rasulullah,sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dan aku telah berzina,dan sesungguhnya aku menginginkan kau supaya membersihkanku,

lalu baginda berpaling,maka pada keesokkan harinya Maiz telah mendatangi baginda,lalu berkata : Wahai rasulullah sesungguhnya aku telah berzina,baginda berpaling lagi bagi kali kedua,lalu baginda membawanya ke hadapan kaum-kaumnya lalu berkata : Apakah kalian rasa aqalnya waras ?? mereka berkata : sesungguhnya dia ini cukup aqalnya,iaitu di antara orang yang baik-baik di kalangan kami,

dan Maiz telah mendatangi baginda pada kali ketiga pula,lalu dia dibawa kepada kaumnya juga,dan ditanya kepada mereka tentang kewarasan aqalnya,lalu mereka berkata bahawa dirinya dan aqalnya waras,

lalu pada kali keempat kedatanganya pula,telah disediakan untuknya suatu lubang,lalu dia pun direjam…



tiba-tiba datanglah seorang perempuan dari qabilah Al-Ghamidiah lalu berkata : Wahai rasulullah sesungguhnya aku telah berzina maka sucikanlah diriku,

dan baginda telah berpaling,pada keesokkan harinya dia berkata lagi : Wahai rasulullah mengapakah kau berpaling dariku ?? kemungkinan kau telah menolakku sepertimana kau telah menolak pengakuan Maiz,demi Allah sesungguhnya aku ini hamil,

maka baginda berkata : Tidak,pergilah engkau sehinggalah engkau telah bersalin…

Apabila dia telah bersalin dia telah datang bersama seorang anak kecil di dalam bungkusan kain lalu berkata : Inilah anakku,sesungguhnya aku telah melahirkanya,

lalu baginda berkata : pergilah engkau dan susuilah anak ini sehinggalah anak ini bercerai susu,apabila anak tersebut sudah bercerai susu,dia telah datang pula bersama anak kecilnya yang memegang serpihan roti di tanganya,lalu dia berkata : wahai rasulullah,sesungguhnya anak ini telah bercerai susu,dan sudah boleh makan makanan biasa,

lalu anak kecil itu pun diserahkan kepada salah seorang lelaki dari kalangan muslim,lalu diarahkan supaya digali suatu lubang dan diletakkanya sehingga ke paras dada perempuan itu,lalu diarahkan manusia lainya supaya merejam perempuan itu,

lalu Khalid Bin Al-Walid pun mengambil seketul batu lalu dilemparkan ke kepala perempuan itu sehingga terperciklah darah ke muka Khalid sambil mengeji perempuan itu,apabila baginda mendengar Khalid mengeji perempuan itu,baginda berkata : Nantilah dulu wahai Khalid !! Demi sesungguhnya yang jiwaku di tangan Dia,sesungguhnya dia telah bertaubat dengan sebenar-benarnya,jika bertaubatnya orang yang zalim maka diampunkan dosanya,kemudian perempuan itu pun disembahyangkan dan dikafankan..


Ulasan

Catatan Popular