Kahwin oh kahwin (PELANDUK SELALU LUPAKAN JERAT TAPI JERAT TIDAK PERNAH LUPAKAN PELANDUK..)



Tadi aku terbaca status facebook seorang rakan tentang kebahagiaan dia. Dia dan suami adalah pasangan yang bakal menimang cahaya mata pertama. Dia bertanya kepada suami tidak cemburukah si suami jika melihat kawan-kawan bujang beli kereta baru dan enjoy sakan?.. si suami menjawab dia memang tidak berharta, tapi dia mempunyai harta yang amat bernilai iaitu isteri dan insyaAllah anak yang bakal lahir..

Wow!!! so romantic.. bahagia bila kita membaca status sebegitu.. so sweet.. tahniah buat dia dan suami.. nikmatilah kebahagiaan sementara ianya masih di depan mata..

tapi bagi aku persepsi dunia ini berbeza.. aku melihat wujudnya 'cerita' yang berbeza pada orang yang berbeza.. ada yang bahagia dan tidak kurang juga yang ermmm susah nak dikata bahagia malah ada yang terus menderita di dalam perkahwinan..

pada awal perkahwinan sehinggalah anak yang ketiga, selalunya cukup manis.. ada masanya terlalu manis.. kerana terlalu manis, kita leka dan kita lupa bahawa TIDAK ADA JAMINAN pada sebuah kebahagiaan.

kita masih merasakan kebahagiaan itu hak mutlak kita sedangkan kita lupa ianya adalah milik Allah dan ianya HANYA DIPINJAMKAN kepada kita buat sementara waktu.

kita angkuh kepada tuhan.. kita kenal tuhan tapi kita buat-buat tidak kenal tuhan.. kita rasa kita dan pasangan kitalah yang menciptakan kebahagiaan dan bukannya Allah.. kita takbur dan kita lupa Dia..

walaupun status Facebook kita mungkin bertazkirah, tapi itu hanya pada typing di status Facebook.. sedangkan hati kita sudah mula lupa Allah.. sudah hipokrit dengan manusia dan Allah..

si isteri akan mula 'pasang badan' gila-gila kononnya untuk 'mengikat' suami.. aurat terus dibuka dan ditayang di khalayak nyata dan maya.. si suami pula merasakan bukan sekadar isteri yang harus dimiliki, tapi hati dan tubuhnya harus juga dikongsi oleh wanita lain atas alasan sharing is caring.. si isteri mula mengesyaki sesuatu tetapi memendam rasa dan memakan hati sendiri.. maka berlakulah pertembungan antara keduanya tanpa mereka sangka..

bagi mereka, mereka masih bahagia.. mereka hipokrit dan berpura-bura dengan pasangan mereka.. mereka mula menggunakan alasan masa untuk mencari hiburan luar yanng amat mencuit rasa.. rasa berahi pada diri pasangan yang sah, sudah makin pudar.. pudar dan pudar.. dan makin pudar..

mulalah dilihat yang diluar cukup bergetah.. cukup licin dan mulus dahinya.. dan mula dilihat kerepot dan tidak kena pada isteri yang sah di rumah..

perkahwinan mula goyah.. mula dilanda ombak dan badai.. mula berantakan..

mereka masih hipokrit dan masih angkuh.. masih lupa dan terus lupa kepada Allah.. masih merasakan 'tangan-tangan' mereka yang berkuasa.. memohon ampun dan memohon doa satu kemalasan yang amat sangat.. bagi mereka ianya sia-sia..

akhirnya mereka harus bertemu di satu pintu keluar.. pintu keluar yang amat menyakitkan.. amat menyeksakan.. - PERCERAIAN..

bagi pasangan yang baru berkahwin, beringatlah tentang perangkap yang menati anda.. jangan terlalu take for granted apa yang anda ada.. ingatlah bahawa perceraian boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.. syaitan sukakan perceraian dan dia akan berusaha ke arah itu.. ingatlah pesan orang tua-tua, PELANDUK SELALU LUPAKAN JERAT TAPI JERAT TIDAK PERNAH LUPAKAN PELANDUK..

fahamilah tentang NIKMAT YANG DIPINJAMKAN dan jagalah nikmat itu dengan cara dan kaedah yang hak dan benar.. yang terpenting ingatlah Allah lah yang Maha Berkuasa..  KITA HANYA HAMBANYA..

Ulasan

Catatan Popular