Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52

Selamat menyambut hari Kemerdekaan yang ke 52. Dalam keadaan politik sekarang ini, Alhamdulillah kita masih mampu untuk menikmati kemerdekaan tanahair dengan aman dan sempurna. Walau mungkin sambutannya agak biasa kerana kita menghormati bulan puasa, tetapi kita masih bertuah kerana kita masih MERDEKA.

Namun begitu kemerdekaan ini bukanlah sesuatu yang mutlak. Dalam ertikata lain ianya mungkin akan hilang dari kita suatu hari nanti.

Kemerdekaan membawa definasi yang berbeza bagi individu yang berbeza. Ada yang melihat kemerdekaan ini hanya dari sudut penjajahan atau penaklukan oleh kuasa kolonial. Satu pandangan yang sempit.

Kemerdakaan adalah satu kebebasan. Kebebasan yang mempunyai ruang lingkup yang harus dihormati. Kebebasan yang punyai harga dan harus dibayar...

Ulasan

Catatan Popular